Thursday, November 12, 2009

Unusual update

Inilah kali pertama dan kali terakhir saya menggunakan bahasa melayu untuk menulis blog saya. Entah kenapa tiba-tiba sahaja saya hendak menggunakan bahasa melayu. Apa apa ajelah...

Mula-mula, saya nak meraikan tamatnya semester yang keempat ini. Kali ini, saya rasa saya boleh mendapat A dalam semua kecuali PC Maintenance. Habislah, macam mana dengan diskaun saya....

Semoga Tuhan memberkati saya. Hahaha

Baru-baru ini, saya hanya sibuk main maplestory saje....Mula-mula masih bersemangat mahu bekerja untuk mencari sedikit duit tapi tiba-tiba membatalkan rancangan itu kerana mahu main maplestory.

Sudahlah, harap semua orang jangan rasa aneh mengapa saya menggunakan bahasa melayu. Saya hanya nak terus ingat bahawa saya pandai menggunakan bahasa lain juga selain bahasa Inggeris.

Sekarang rasa hendak tidur pula, selamat malam ya!

1 comment: